Menu

SAMBUTAN ULANG TAHUN UTK KE-44 : MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT

Kuala Lumpur, 31 Disember 2018 – Seramai kira-kira 250 warga kerja Unit Tindakhas (UTK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) memenuhi Masjid Bukit Aman dalam Majlis Tahlil dan Doa Selamat Sempena Ulang Tahun UTK ke-44 yang berlangsung, dekat sini, malam tadi.

Objektif majlis tersebut diadakan adalah sebagai tanda kesyukuran dan memanjatkan doa untuk kesejahteraan serta keselamatan warganya dalam menghadapi tugasan lapangan yang diketahui umum berisiko tinggi.

Bacaan tahlil dan doa selamat telah dipimpin oleh Ustaz Muhamad Fakhrurazi Sahibul Ghani dari Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Komander UTK, SAC Mohd Khairi Khairuddin turut menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada anak-anak warga kerja UTK yang mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) dan sumbangan khas kepada anak-anak istimewa serta kurang bernasib baik.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Tamby, bekas-bekas komander UTK, Pegawai-pegawai Kanan UTK, dan ahli-ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) UTK.

1
Sekitar solat maghrib berjemaah di Masjid Bukit Aman.

2
Bacaan tahlil dan doa selamat dipimpin oleh Ustaz Muhamad Fakhrurazi Sahibul Ghani dari Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

51.1
Komander UTK, SAC Mohd Khairi Khairuddin menyampaikan hadiah & sumbangan kepada para penerima.

46
Komander UTK, SAC Mohd Khairi Khairuddin menyampaikan hadiah & sumbangan kepada para penerima.

57
Bergambar kenangan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS