Menu

14 PEGAWAI KANAN TERIMA SIJIL EKSA PDRM

Kuala Lumpur, 24 Januari 2019 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil langkah mewujudkan persekitaran kerja kondusif selain meningkatkan imej korporat melalui inisiatif Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) iaitu menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan) (Modenisasi), DCP Dato’ Dr. Lee Bee Phang berbesar hati menyampaikan sijil EKSA PDRM kepada 14 pegawai kanan yang terlibat sepanjang pengauditan EKSA oleh MAMPU sebagai tanda menghargai komitmen dan jasa mereka di Bilik Mesyuarat Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT), Aras 16 Menara 1, Bukit Aman.

Berucap dalam majlis tersebut, Dato’ Dr. Lee Bee Phang berkata, pengurusan persekitaran kerja merupakan satu makanisme pengurusan kawalan kualiti yang terbukti keberkesanannya dalam mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif, selamat dan membantu dalam penghasilan mutu kerja yang lebih cekap dalam organisasi.

PDRM telah berjaya memperolehi pensijilan EKSA daripada MAMPU pada 15 Ogos 2018 dan penganugerahan tersebut secara rasminya telah dilaksanakan semasa Majlis Sambutan Hari Inovasi PDRM tahun lepas.

Hadir sama, SAC Modenisasi Pengurusan Organisasi, SAC Munusamy Rengasamy, SAC Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), SAC Abd Halim Bulat, ACP Pengurusan Kualiti, ACP Azman Abd Razak, pegawai kanan dan pegawai rendah PDRM.

Imej mungkin mengandungi: 15 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman
Bergambar Kenangan.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang
Timbalan Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan) (Modenisasi), DCP Dato’ Dr. Lee Bee Phang memberi ucapan.

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang duduk, meja dan dalaman
Sekitar Majlis Penyampaian Sijil EKSA PDRM.

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang berdiri
Timbalan Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan) (Modenisasi), DCP Dato’ Dr. Lee Bee Phang menyampaikan sijil EKSA PDRM.

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang berdiri
Timbalan Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan) (Modenisasi), DCP Dato’ Dr. Lee Bee Phang menyampaikan sijil EKSA PDRM.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS