Kuala Lumpur, 24 Januari 2019 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) telah mengadakan Ronda Cegah Jenayah Edisi Ke-5 bertempat di Berjaya Times Square, di sini, petang tadi.
Program yang melibatkan pelatih Kadet Inspektor Siri 2/2018 dari Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur ini bertujuan mewujudkan perasaan rasa selamat masyarakat bertepatan dengan dasar pasukan untuk memastikan keselamatan penduduk setempat berada pada tahap terbaik.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun dalam ucapanya berkata, PDRM merangka pelbagai langkah proaktif bagi memastikan keselamatan pengunjung ke pusat beli belah ini sentiasa berada di tahap yang memuaskan.
Antara program tersebut adalah rondaan secara berkala oleh Unit Kereta Peronda (MPV) dan rondaan berjalan (BIT) yang dilaksanakan setiap hari oleh anggota bertugas.
Tambah beliau, berdasarkan statistik indeks jenayah tahun 2018, kadar jenayah di Berjaya Times Square telah menurun kepada 57 kes berbanding 85 kes pada tahun sebelumnya iaitu menunjukkan penurunan, sebanyak 28 kes atau 32.9 peratus.
Tan Sri Mohamad Fuzi yang diiringi Pengarah JPJKK, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis, CP Dato’ Sri Rosli Ab Rahman, turut berkesempatan mengadakan “walkabout" bagi mendengar sendiri maklum balas orang ramai mengenai isu keselamatan di kawasan tersebut.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Mazlan Lazim, Pengarah Eksekutif Berjaya Times Square, Koh Huey Min, Penolong Pesuruhjaya Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, mewakili Datuk Bandar Kuala Lumpur, Nasarudin Daharun dan Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun.
![0S5A9475 0S5A9475](/images/default-source/gallery-album-2019/berjaya-times-square-pilihan-ronda-cegah-jenayah-edisi-ke-5/0s5a9475.jpg?sfvrsn=2)
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun mengadakan “walkabout" di sekitar kawasan Berjaya Times Square.
![0S5A9474 0S5A9474](/images/default-source/gallery-album-2019/berjaya-times-square-pilihan-ronda-cegah-jenayah-edisi-ke-5/0s5a9474.jpg?sfvrsn=2)
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun mengadakan “walkabout" di sekitar kawasan Berjaya Times Square.
![0S5A9466 0S5A9466](/images/default-source/gallery-album-2019/berjaya-times-square-pilihan-ronda-cegah-jenayah-edisi-ke-5/0s5a9466.jpg?sfvrsn=2)
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun mengadakan “walkabout" di sekitar kawasan Berjaya Times Square.
![0S5A9458 0S5A9458](/images/default-source/gallery-album-2019/berjaya-times-square-pilihan-ronda-cegah-jenayah-edisi-ke-5/0s5a9458.jpg?sfvrsn=2)
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun mengadakan “walkabout" di sekitar kawasan Berjaya Times Square.
![0S5A9452 0S5A9452](/images/default-source/gallery-album-2019/berjaya-times-square-pilihan-ronda-cegah-jenayah-edisi-ke-5/0s5a9452.jpg?sfvrsn=2)
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun mengadakan “walkabout" di sekitar kawasan Berjaya Times Square.
![0S5A9448 0S5A9448](/images/default-source/gallery-album-2019/berjaya-times-square-pilihan-ronda-cegah-jenayah-edisi-ke-5/0s5a9448.jpg?sfvrsn=2)
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun mengadakan “walkabout" di sekitar kawasan Berjaya Times Square.
![0S5A9345 0S5A9345](/images/default-source/gallery-album-2019/berjaya-times-square-pilihan-ronda-cegah-jenayah-edisi-ke-5/0s5a9345.jpg?sfvrsn=2)
Ucapan Ketua Polis Negara.
![0S5A9331 0S5A9331](/images/default-source/gallery-album-2019/berjaya-times-square-pilihan-ronda-cegah-jenayah-edisi-ke-5/0s5a9331.jpg?sfvrsn=2)
Persembahan seni mempertahankan diri oleh Pelatih PULAPOL Kuala Lumpur.
![0S5A9281 0S5A9281](/images/default-source/gallery-album-2019/berjaya-times-square-pilihan-ronda-cegah-jenayah-edisi-ke-5/0s5a9281.jpg?sfvrsn=2)
Persembahan seni mempertahankan diri oleh Pelatih PULAPOL Kuala Lumpur.
![0S5A9246 0S5A9246](/images/default-source/gallery-album-2019/berjaya-times-square-pilihan-ronda-cegah-jenayah-edisi-ke-5/0s5a9246.jpg?sfvrsn=2)
Persembahan seni mempertahankan diri oleh Pelatih PULAPOL Kuala Lumpur.
![0S5A9237 0S5A9237](/images/default-source/gallery-album-2019/berjaya-times-square-pilihan-ronda-cegah-jenayah-edisi-ke-5/0s5a9237.jpg?sfvrsn=2)
Persembahan seni mempertahankan diri oleh Pelatih PULAPOL Kuala Lumpur.
![0S5A9377 0S5A9377](/images/default-source/gallery-album-2019/berjaya-times-square-pilihan-ronda-cegah-jenayah-edisi-ke-5/0s5a9377.jpg?sfvrsn=2)
Sekitar gimik pelancaran Program Ronda Cegah Jenayah Edisi ke-5 yang disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun