Kuala Lumpur, 24 Januari 2019 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun berbesar hati menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Dato’ Rosli Isa di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dekat sini, sebentar tadi.
Antara intipati dalam kunjung hormat tersebut adalah perbincangan mengenai kerjasama kedua-dua agensi antaranya Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu sempena Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan 2019.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato’ Sri Rosli Ab Rahman, Ketua Urus Setia KPN, DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf dan Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am), DCP Datuk Mastor Mohd Ariff.
Bergambar kenangan.
Sesi menandatangani buku pelawat.
Sesi penyerahan cenderahati.
Sekitar kunjungan hormat berlangsung.
Bergambar kenangan.
Sesi penyerahan cenderahati.