Menu

SEMBANG TRAFIK

SAMAN TRAFIK: ELAK BAYAR MELALUI EJEN

Orang ramai dinasihatkan untuk menjelaskan saman kesalahan trafik melalui saluran yang betul tanpa melalui ejen. Ia adalah untuk memastikan saman tersebut sudah dijelaskan dan dipadamkan daripada sistem kesalahan trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jangan tertipu dengan sindiket yang bertindak sebagai ejen yang menawarkan diskaun saman. Saman telah dibayar, resit pun diterima tetapi masih wujud dalam sistem. Elakkan diri anda daripada terpedaya dengan ‘promosi’ diskaun saman trafik ditawarkan individu atau sindiket tertentu.

PDRM ada sistem bayaran saman yang dikawal selia dengan rapi. Sila hadir di mana-mana ibu pejabat polis/kaunter trafik untuk jelaskan saman anda dan dapatkan resit rasmi daripada PDRM.

Rujukan:
https://www.thestar.com.my/…/public-advised-not-to-use-ag…/…

https://www.hmetro.com.my/…/…/jangan-terpedaya-diskaun-saman

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS