Gara-gara membuat laporan polis palsu kononnya menjadi mangsa samun bagi mengelak dikenakan denda oleh Jabatan Pendaftaran Negara kerana kehilangan MyKad, dua pemuda masing-masing didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di Parit, Perak Tengah, semalam.
Membuat laporan polis palsu adalah satu kesalahan jenayah mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti berikut.