Menu

COMMUNITY POLICING TAHUN BAHARU CINA 2019 : PDRM DEKATI PENIAGA, PENGUNJUNG PASAR BESAR TTDI

Kuala Lumpur, 17 Februari 2019 – Seiring dengan aspirasi pasukan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Penjaja dan Peniaga Kecil telah mengadakan Program ‘Community Policing’ sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2019.

Program yang diketuai oleh Ketua Komunikasi Korporat PDRM, SAC Dato’ Asmawati Ahmad dengan penglibatan warga kerja Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat), Balai Polis Daerah Brickfields, wakil daripada beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) tersebut berlangsung dengan penuh meriah di Pasar Besar Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), dekat sini, pagi tadi.

Penganjuran kali kedua program ini sekaligus merapatkan jurang polis dan masyarakat di samping mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dengan kerjasama dari kedua-dua pihak dalam usaha mencegah kejadian jenayah.

Selain itu, program ini juga dapat merealisasikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) antara PDRM dan pihak-pihak yang terlibat kepada masyarakat. 

Program pada hari ini diserikan lagi dengan persembahan tarian naga dan singa oleh kumpulan 'Junwai Dragon and Lion Dance', pengagihan buah limau, pendaftaran 'Volunteer Smartphone Patrol' (VSP), pengedaran risalah pencegahan jenayah serta kalender PDRM 2019 oleh para pegawai dan anggota yang segak beruniform kerja.

Dalam majlis tersebut juga, masyarakat khasnya pengunjung Pasar Besar TTDI turut didedahkan dengan rangkaian Media Sosial Rasmi PDRM dan berpeluang memperoleh hadiah istimewa menerusi segmen 'Click For A Gift'.

Turut hadir, Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Segambut, Yap Yee Yvonne, Superintendan Komunikasi Korporat PDRM, Superintendan Skandaguru Anandan, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Arifai Tarawe, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Tun Dr Ismail, Abdul Hafiz Abu Bakar, Pengerusi Persatuan Kebajikan Penjaja dan Peniaga Kecil Pasar Besar TTDI, Ng Yit Seong (Jenny Loo) serta kumpulan Aman Wanita (AMANITA) IPD Brickfields.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini dari kami di:
 
https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia

Image may contain: 8 people, people smiling, people standing
Bergambar kenangan bersama Ketua Komunikasi Korporat PDRM, SAC Dato’ Asmawati Ahmad.

Image may contain: 12 people, people smiling, people standing and outdoor
Bergambar kenangan.

Image may contain: 4 people, people smiling
Ketua Komunikasi Korporat PDRM, SAC Dato’ Asmawati Ahmad melawat gerai pameran 'Click For A Gift'.

Image may contain: 1 person, smiling
Antara pengunjung yang hadir di segmen 'Click For A Gift' di gerai pameran Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) PDRM.

Image may contain: 10 people, people smiling, outdoor
Antara petugas yang terlibat Program ‘Community Policing’ sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2019.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS