Alor Setar, 28 Februari 2019 - Polis memberi amaran supaya individu yang membuat kenyataan dan menularkan fitnah dalam media sosial menuduh Peguam Negara, Tommy Thomas bersikap anti-Islam, menyerah diri.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, polis menerima laporan berkaitannya kelmarin dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.