Menu

PRK SEMENYIH : 1,115 ANGGOTA POLIS SIAP SIAGA JAGA KESELAMATAN

Kajang, 2 Mac 2019 - Seramai 1,115 pegawai dan anggota polis ditugaskan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Sabri Abdullah berkata, pihaknya komited memastikan 23 pusat mengundi dalam keadaan selamat dan terkawal.

"Anggota polis akan memantau pusat mengundi sehingga proses PRK berakhir," katanya.

Mohd Sabri berkala, pihaknya juga menjangkakan laluan sesak di enamlokasi antaranya lampu isyarat Bandar Sunway, Paling Jaya, Sungai Lalang.

"Laluan di sekitar Pekan Semenyih, Batu 26 Beranang dan Bandar Rinching juga dijangka sesak," katanya.

Menurutnya, anggota trafik akan memastikan kelancaran aliran trafik.

"Orang ramai yang tidak terlibat urusan pengundian disarankan menggunakan laluan alternatif seperti Jalan Eco Setia Hill, Eco World dan lebuhraya Kajang-Seremban.

"Laluan di hadapan Dewan Seri Cempaka, Saujana Impian akan ditutup dan dilencongkan aliran trafik pada jam 2 petang sehingga keputusan PRK diumumkan katanya.

Sementara itu, polis menerima 35 laporan berkaitan PRK Semenyih bermula hari penamaan calon pada 16 Februari lalu hingga semalam.

Katanya, daripada kesemua laporan tersebut, 11 kertas siasatan telah dibuka.

Sumber : Sinar Harian

Image may contain: text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS