Menu

PERKEP JABATAN PENGURUSAN RAI GOLONGAN OKU


Serdang, 29 Mei 2019 - Sebagai usaha meraikan golongan orang kurang upaya (OKU), Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Pengurusan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil inisiatif mengadakan lawatan kebajikan ke atas penghuni Taska Istika Jaya, Bandar Puchong Jaya, di sini, pagi tadi.

Rombongan yang diketuai oleh Pengerusi persatuannya, Datin Anikah Haji Othman adalah bertujuan untuk memberi sokongan kepada Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) di samping berkongsi kegembiraan menjelang bulan Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Kami berbesar hati dengan Taska Istika Jaya yang sudi menerima kunjungan ini bagi menjayakan program kali pertama PERKEP Jabatan Pengurusan.

"Semoga dengan sumbangan yang diberikan ini dapatlah membantu sedikit keperluan kanak-kanak di taska ini, yang sememangnya dekat di hati kami," ujar Datin Anikah.

Terdahulu, satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh Setiausaha Kehormat MFD, Puan Eamienor Zakiah Md Zuki kepada ahli rombongan sebelum mengadakan lawatan di sekitar taska tersebut.

Majlis kemudiannya turut diserikan lagi dengan penyampaian sumbangan berupa duit raya dan buku ilmiah oleh Datin Anikah kepada kanak-kanak OKU yang menghuni taska tersebut.

Turut hadir, Ketua Biro Sains Rumahtangga, PERKEP Jabatan Pengurusan, Datin Fatimah Moyedden, Ketua Biro Sosial, Datin Nornisah Kamis, Penyelia Taska Istika Jaya, Puan Helen Low Li Lian serta warga PERKEP Jabatan Pengurusan.

Imej mungkin mengandungi: 39 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman
Sesi bergambar kenangan bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Pengurusan, Datin Anikah Haji Othman di Taska Istika Jaya, Bandar Puchong Jaya.

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang duduk dan dalaman
Setiausaha Kehormat MFD, Puan Eamienor Zakiah Md Zuki menyampaikan taklimat ringkas kepada ahli rombongan sebelum mengadakan lawatan di sekitar taska.

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, kanak-kanak dan dalaman
Penyampaian sumbangan berupa duit raya dan buku ilmiah oleh Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Pengurusan, Datin Anikah Haji Othman kepada kanak-kanak OKU yang menghuni Taska Istika Jaya.

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum
Penyampaian sumbangan berupa duit raya dan buku ilmiah oleh Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Pengurusan, Datin Anikah Haji Othman kepada kanak-kanak OKU yang menghuni Taska Istika Jaya.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang berdiri
Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Pengurusan, Datin Anikah Haji Othman menyampaikan cenderahati kepada Setiausaha Kehormat MFD, Puan Eamienor Zakiah Md Zuki.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS