Menu

MAJLIS IFTAR YDH CP DATO’ SRI ROSLI BIN AB RAHMAN, PENGARAH JPJKK BERSAMA WARGA JPJKK DI MASJID BUKIT AMAN

MAJLIS IFTAR YDH CP DATO’ SRI ROSLI BIN AB RAHMAN, PENGARAH JPJKK BERSAMA WARGA JPJKK DI MASJID BUKIT AMAN

Kuala Lumpur, 30 Mei 2019 – Telah berlangsungnya Majlis Iftar peringkat Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman di Masjid Bukit Aman, dekat sini, semalam.



Majlis yang dihadiri oleh Pengarah JPJKK, CP Dato' Sri Rosli Ab Rahman, merupakan yang pertama kali diadakan sejak penubuhan jabatan tersebut pada tahun 2014.



Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan tahlil yang dipimpin oleh Ustaz Helmi Zakaria dari Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman sebelum diteruskan dengan majlis berbuka puasa dan solat fardhu Maghrib serta Isyak.



Turut hadir memeriahkan majlis adalah Timbalan Pengarah (Operasi) JPJKK, DCP Dato’ Dev Kumar M. M. Sree, Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) JPJKK, DCP Dato' Sun Teoh Tia, pegawai kanan, anggota dan pegawai awam JPJKK serta ahli keluarga.

WhatsApp Image 2019-05-30 at 3.23.18 PM
Bergambar kenangan.


Bergambar kenangan.


Bergambar kenangan.


Bergambar kenangan.


Bergambar kenangan.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS