Menu

CP DATO' SRI MOHD ZAKARIA TERAJUI JSJK


Kuala Lumpur, 17 Jun 2019 - CP Dato' Sri Mohd Zakaria Ahmad hari ini dengan rasminya menerajui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), setelah mengambil alih jawatan Pengarah daripada pemangkunya DCP Datuk Saiful Azly Haji Kamaruddin dalam satu majlis yang diadakan di Mess Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, di sini.

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah JSJK, Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis dan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) telah disaksikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor bersama lebih 200 tetamu yang hadir.

Turut diadakan, majlis serah terima tugas jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSJK diantara pemangkunya Datin Syuhada Yahya dengan Datin Sri Noor Amirzah Othman sambil disaksikan oleh Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Farihah Mohd Zamri.

Berucap dalam majlis tersebut, Dato' Pahlawan Mazlan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dato' Sri Mohd Zakaria di atas pelantikan beliau sebagai Pengarah JSJK yang baharu. 

"Kredibiliti serta pengalaman luas dalam dunia kepolisan yang dimiliki oleh Dato’ Sri Mohd Zakaria semasa menyandang pelbagai jawatan penting seperti Ketua Polis Pahang, Timbalan Ketua Polis Johor, Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Ketua JSJ di beberapa buah negeri, melayakkan beliau diangkat untuk menggandar amanah ini," ujar beliau.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Datuk Saiful Azly dan isteri, Datin Syuhada Yahya kerana telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan begitu cemerlang sepanjang memangku jawatan Pengarah JSJK dan Pengerusi PERKEP jabatan.

Terdahulu, Dato' Pahlawan Mazlan turut menyempurnakan pemakaian pangkat kepada dua pegawai kanan polis yang telah dinaikkan pangkat baru-baru ini dan menganugerahkan PJPN kepada 52 orang pegawai kanan dan pegawai pangkat rendah, kontinjen Bukit Aman. 

Turut hadir, barisan Pengarah PDRM, para pegawai kanan, pegawai rendah polis, pegawai awam, ahli-ahli PERKEP dan rakan media.

Image may contain: 1 person
Syabas dan tahniah di ucapkan kepada CP Dato' Sri Mohd Zakaria Ahmad di atas perlantikan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil yang baharu.

Image may contain: 2 people, people sitting, table and indoor
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Mohd Zakaria Ahmad menandatangani buku pelawat.

Image may contain: 3 people, people standing and text
Sekitar Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah JSJK berlangsung.

Image may contain: 2 people, people standing and text
DCP Datuk Saiful Azly Haji Kamaruddin menandatangani dokumen Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Image may contain: 2 people, people standing and text
CP Dato' Sri Mohd Zakaria Ahmad menandatangani dokumen Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Image may contain: 2 people, text
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor menandatangani dokumen Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Image may contain: 3 people, people standing
DCP Datuk Saiful Azly Haji Kamaruddin menyerahkan dokumen Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil kepada CP Dato' Sri Mohd Zakaria Ahmad.

Image may contain: 3 people, people standing and text
DCP Datuk Saiful Azly Haji Kamaruddin menyerahkan Tongkat Kuasa kepada CP Dato' Sri Mohd Zakaria Ahmad.

Image may contain: 2 people, people standing and text
Datin Syuhada Yahya menandatangani dokumen Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSJK.

Image may contain: 2 people, people standing and text
Datin Sri Noor Amirzah Othman menandatangani dokumen Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSJK.

Image may contain: 2 people
Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Farihah Mohd Zamri menandatangani dokumen Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSJK.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and text
Datin Syuhada Yahya menyerahkan dokumen Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSJK kepada Datin Sri Noor Amirzah Othman.

Image may contain: 2 people, people standing
Sekitar istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara oleh DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor.

Image may contain: 1 person, smiling
Sekitar istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara oleh DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor.

Image may contain: 2 people, beard
Sekitar istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara oleh DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor.

Image may contain: 3 people, people standing
Sekitar istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara oleh DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing
Sekitar istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara oleh DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor.

Image may contain: one or more people and people standing
Sekitar istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara oleh DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor

Image may contain: 3 people, people standing
Sekitar istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara oleh DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS