Kuala Lumpur, 26 Jun 2019 – Siri lawatan kerja rasmi Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador ke seluruh jabatan PDRM diteruskan lagi ke Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) di Tingkat 5, Menara 1, Bukit Aman, hari ini.
Lawatan tersebut bertujuan untuk mendengar taklimat berkaitan hala tuju jabatan dan seterusnya menyampaikan amanat kepada setiap lapisan warga JPJKK.
Antara isu pokok yang ditekankan beliau dalam perjumpaan tadi adalah tentang kepentingan peranan setiap pegawai dan anggota polis dalam menjadikan usaha pencegahan jenayah di negara ini lebih berkesan.
Terdahulu ketibaan beliau di jabatan tersebut telah disambut oleh Pengarah JPJKK, CP Dato' Sri Rosli Ab Rahman bersama Timbalan Pengarah (Operasi) JPJKK, DCP Dato' Dev Kumar M.M Sree dan Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) JPJKK, DCP Dato' Sun Teoh Tia.
Hadir sama, Ketua Urus Setia KPN, DCP Dato' Ramli Mohamed Yussof dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Mazli Mazlan.
Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menandatangani buku pelawat.
Bergambar kenangan.
Ucapan dan taklimat Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Sri Rosli Ab Rahman.
Sekitar Lawatan Kerja Ketua Polis Negara ke Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan amanat beliau.
Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan amanat beliau.
Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan amanat beliau.