Putrajaya, 30 Jun 2019 - Lord Reza nama timangan kepada baka Kuda Arab ternyata membawa tuah kepada Koperal Muhmod Fand Rizan Ali dari Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila berjaya merangkul johan kategori CEN 80 kilometer (km) dan sekaligus menjulang Piala Pusingan Kejohanan Kuda Lasak Piala Ketua Polis Negara 2019 Sempena Peringatan Hari Polis ke-212 di Taman Ekuestrian Putrajaya, di sini, pagi tadi.
Kejayaan itu ternyata lebih bermakna apabila Koperal Muhmod merupakan satu-satunya peserta pertandingan yang berjaya menghabiskan perlumbaan tersebut dengan catatan masa 7 jam 4 minit.
Bagi kategori CEN 40km pula telah dimenangi oleh Encik Mohd Nazid Hama dari Perbadanan Putrajaya yang berjaya membawa pulang piala pusingan dan sijil penyertaan.
Kejohanan yang bermula pada 28 hingga 30 Jun 2019 ini telah disertai seramai 31 peserta dari PDRM, 40 peserta dari kelab-kelab kuda tempatan dan luar negara yang mana menampilkan Kumpulan Shapadu Sdn. Bhd. selaku penaja utama.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor dalam ucapan penutupnya pagi tadi menyatakan bahawa
kejohanan tersebut dapat memberikan peluang kepada peserta untuk merapatkan silaturahim, mempertingkatkan jalinan kerjasama di antara pihak-pihak yang terlibat di samping memupuk semangat kesukanan.
Acara tersebut diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang yang telah disempurnakan oleh Dato' Pahlawan Mazlan dengan diiringi oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Mohd Zakaria Ahmad, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, SAC Hamzah Haji Ahmad, Pengarah Urusan Kumpulan Shapadu Sdn. Bhd., Dato’ Sri Shafiz Dato’ Shahrani, para pegawai kanan PDRM serta rakan-rakan media.
Putrajaya, 30 Jun 2019 - Lord Reza nama timangan kepada baka Kuda Arab ternyata membawa tuah kepada Koperal Muhmod Fand Rizan Ali dari Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila berjaya merangkul johan kategori CEN 80 kilometer (km) dan sekaligus menjulang Piala Pusingan Kejohanan Kuda Lasak Piala Ketua Polis Negara 2019 Sempena Peringatan Hari Polis ke-212 di Taman Ekuestrian Putrajaya, di sini, pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi kategori CEN 80km.
Sekitar berlangsung acara bagi kategori 10km (VIP Ride) di Taman Ekuestrian Putrajaya bersempena Kejohanan Kuda Lasak Piala Ketua Polis Negara 2019.
Sekitar berlangsung acara bagi dua kategori iaitu CEN 40km dan CEN 80km di Taman Ekuestrian Putrajaya bersempena Kejohanan Kuda Lasak Piala Ketua Polis Negara 2019.

Bergambar kenangan.
imbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor bergambar kenangan bersama para pemenang bagi Kejohanan Kuda Lasak Piala KPN 2019.