Cheras, 8 September 2019 – Unit Tindakhas (UTK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan unit elit yang terkenal dengan kecekapan dan kehandalan dalam membanteras keganasan gerila di bandar serta jenayah berat terancang.
Sejak ditubuhkan 44 tahun lalu, beban tugas unit berkenaan dilihat semakin meningkat dari setahun ke setahun dan memerlukan penambahan pegawai serta anggota bagi menangani jenayah semasa yang begitu mencabar.
"Beban tugas UTK kini amat tinggi dan pucuk pimpinan PDRM sedang berusaha untuk memperbesarkan perjawatan kepada 888 pegawai dan anggota, yang mana kertas cadangannya telah diangkat pada tahun 2018," ucap Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador dalam Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr. Ismail Haji Bakar di Lapang Sasar Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini, pagi ini.
Tambah beliau lagi, dengan pelbagai kepakaran dan kelebihan yang ada pada operatif UTK serta risiko keselamatan yang tinggi semasa melaksanakan tugas, PDRM amat mengharapkan perhatian kerajaan untuk turut mengkaji semula elaun-elaun yang diterima agar setimpal dengan risiko serta beban tugas yang dipikul.
Terdahulu, KSN telah menerima tabik hormat daripada detachment operatif UTK yang terdiri daripada 175 pegawai dan anggota di bawah pimpinan Pegawai Pemerintah Baris, DSP Mohd Jamal Mat Daud.
Lawatan kerja pada hari ini turut menyaksikan pertandingan menembak kategori tetamu kehormat (VVIP) dan acara menembak sniper serta turut diserikan dengan pelbagai booth pameran dan demonstrasi daripada anggota UTK.
Hadir sama dalam majlis tersebut, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) (Pengurusan), Dato’ Jamil Rakon, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Huzir Mohamed, Komander UTK selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, SAC Tuan Mohd Khairi Khairudin, barisan pegawai KDN dan PDRM serta rakan media.

Ketibaan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr. Ismail Haji Bakar.

Datuk Seri Dr. Ismail Haji Bakar dibawa melawat ke tapak pameran UTK dengan diiringi Ketua Polis Negara bersama pimpinan tertinggi PDRM.

Datuk Seri Dr. Ismail Haji Bakar dibawa melawat ke tapak pameran UTK dengan diiringi Ketua Polis Negara bersama pimpinan tertinggi PDRM.

Datuk Seri Dr. Ismail Haji Bakar dibawa melawat ke tapak pameran UTK dengan diiringi Ketua Polis Negara bersama pimpinan tertinggi PDRM.

Sekitar demonstrasi UTK: Kawalan Rapat Keselamatan (KRK).

Sekitar demonstrasi UTK: 'Close Quarter Battle' (CQB).

'Sniper Shooting' oleh Datuk Seri Dr. Ismail Haji Bakar.

'Sniper Shooting' oleh Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

Sekitar acara VIP 'Shoot Off' pada hari ini.

Sekitar acara VIP 'Shoot Off' pada hari ini.

Ucapan daripada Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

Ucapan daripada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr. Ismail Haji Bakar.

Sesi bergambar kenangan.