Menu

OP BERSEPADU KHAZANAH: POLIS TAHAN ENAM SUSPEK KES TEMBAK GAJAH DI TAWAU

Tawau, 2 Oktober 2019 - Polis menahan enam lelaki termasuk seorang peneroka dan pekerja yang digajikan khas Felda, serta seorang pendatang tanpa izin, yang disyaki terbabit dalam kes tembak seekor gajah yang ditemui mati di kawasan hulu Sungai Udin, Dumpas dekat sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata, kesemua suspek yang berumur lingkungan 48 hingga 68 tahun itu ditahan antara pukul 12.20 tengah malam tadi hingga tengah hari ini dalam Ops Bersepadu Khazanah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS