Kuala Lumpur, 11 Oktober 2019 - Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) diseru untuk sentiasa menyemai budaya kerja cemerlang dan amanah dalam melaksanakan tugasan harian.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, apa jua kejayaan yang diimpikan oleh Pasukan bergantung kepada warga kerjanya yang diberi amanah untuk mengerakkan jentera PDRM dengan cemerlang, berlandaskan kompetensi untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.
"Tiga elemen utama iaitu ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang profesional ketika bertugas perlu wujud dalam diri setiap pegawai kanan, pegawai rendah polis dan pegawai awam PDRM agar terus kekal relevan di kaca mata masyarakat.
"Terus berpegang teguh kepada sumpah keramat Pasukan untuk berkhidmat dengan penuh ikhlas, telus dan komited, kepada agama, raja, juga negara. Kita dihormati dan disegani adalah kerana integriti kita," ujar beliau dalam amanat bersempena Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan PDRM, di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, pagi tadi.
Perhimpunan bulanan anjuran Jabatan Pengurusan Bukit Aman itu turut dihadiri oleh Timbalan KPN, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor dan barisan Pengarah PDRM.
Majlis tersebut turut diserikan dengan penyampaian Surat Penghargaan KPN kepada 28 warga PDRM Bukit Aman yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang.

Sekitar Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit Aman yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman.

Sekitar Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit Aman

Nyanyian lagu Negaraku.

Sekitar bacaan ikrar.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador menyampaikan Surat Penghargaan KPN kepada 28 warga PDRM Bukit Aman yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador menyampaikan Surat Penghargaan KPN kepada 28 warga PDRM Bukit Aman yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang.

Bergambar kenangan.