Menu

#LegasiPejuangSeragamBiru INSPEKTOR MOHD. ZAHIR MAMAT

Inspektor (Insp.) Mohd. Zahir Mamat dilahirkan di Alor Gajah, Melaka pada 11 November 1968. Beliau mula berkhidmat dalam pasukan polis pada 22 Mei 1988 sebagai Konstabel dan menjalani latihan asas kepolisan di Pusat Latihan Polis Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Pada 20 Mac 1996, Insp. Zahir yang pada ketika itu memegang jawatan Ketua Pondok Polis Pandan Indah, Ampang, Selangor dan berpangkat Lans Koperal (L/Kpl) telah menerima aduan melalui panggilan telefon daripada seorang lelaki tentang berlakunya insiden pegaduhan di Taman Pandan Perdana, Ampang, Selangor. Sejurus kemudian, Insp. Mohd. Zahir bersama-sama Sarjan Azman Muda yang ketika itu berpangkat Konstabel bergegas ke lokasi kejadian dengan menaiki motosikal pasukan. Apabila tiba di lokasi, mereka telah pergi ke rumah pengadu tanpa mengetahui yang satu kejadian samun sedang berlaku di rumah pengadu tersebut.

Sejurus merasakan ada sesuatu yang tidak kena, Insp. Mohd. Zahir dan Sarjan Azman terus menyerbu masuk ke rumah pengadu dan mendapati pengadu terbabit telah diikat di bahagian tangan dan kakinya di kawasan ruang tamu. Dalam masa yang sama, tiga orang lelaki sedang melarikan diri melalui pintu belakang rumah pengadu terbabit.

Dengan pantas, Insp. Mohd Zahir mengejar ketiga-tiga suspek berkenaan menggunakan motosikal dan mereka bertembung semula di persimpangan jalan dalam kawasan perumahan yang sama. Suspek yang sedang berlari menuju ke arah belukar, telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah Insp. Mohd. Zahir dan Sarjan Azman.

Bagi menyelamatkan diri, Insp. Mohd. Zahir dan Sarjan Azman turun dari motosikal dan berlari mencari tempat perlindungan. Kemudiannya, dua dari suspek berkenaan mengambil motosikal yang ditunggang Insp. Mohd Zahir bagi tujuan melarikan diri. Tanpa menghiraukan keselamatan diri, Insp. Mohd Zahir dan Sarjan Azman terus menerkam ke arah salah seorang suspek tersebut lalu memberkasnya.

Rentetan daripada peristiwa tersebut, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke X, Tuanku Ja’afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman telah berkenan mengurniakan anugerah Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormat PGB kepada Insp. Mohd Zahir pada pada 7 Jun 1997.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#InfoPDRM
#InfoBersama

Image may contain: 1 person
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS