Jerantut, 1 November 2019 – Seramai 199 pegawai kanan dan pegawai pangkat rendah polis Kontinjen Pahang telah menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di sini, hari ini.
Istiadat penganugerahan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador sebagai tanda penghargaan terhadap jasa, pengorbanan dan kebaktian mereka kepada negara semasa era darurat dan insurgensi komunis.
Turut hadir, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abdul Rahim Jaafar, Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Integriti), DCP Dato' Azri Ahmad, Timbalan Ketua Polis Pahang, DCP Dato’ Mohd Yusri Hassan Basri, SAC Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, SAC Dato' Che Yusoof Che Ngah, barisan ketua Jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang dan Ketua Polis Daerah Kontinjen Pahang.
