Menu

LAUNGAN 'TAAT SETIA' 170 KADET INSPEKTOR BAHARU BERGEMA DI PULAPOL KL

Kuala Lumpur, 8 November 2019 - Laungan ikrar 'Taat Setia' bergema memenuhi segenap ruang Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur sejurus dilafazkan 170 Kadet Inspektor baharu yang tamat latihan, pagi tadi.

Biarpun Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Kadet Inspektor Siri 1/2019 terpaksa dibuat di dalam dewan akibat cuaca yang tidak mengizinkan, namun ianya tetap berlangsung dengan penuh istiadat kepolisan.

Majlis perbarisan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor, diiringi Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abd Rahim Jaafar.

Seperti kelaziman, sebanyak tiga anugerah khas disampaikan kepada para pelatih yang telah berjaya mempamerkan kesungguhan yang cemerlang sewaktu tempoh latihan.

Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan berjaya disandang oleh Inspektor Amirul Syafiq Mohd Noor yang merupakan satu-satunya graduan Universiti Pertahanan Awam Nasional (UPNM) menyertai profesion kepolisan. Manakala bagi Anugerah Pelatih Terbaik Akademik diraih oleh Inspektor Nur Fakhira Mar Radzi dan Inspektor Muhammad Firdaus Ab Aziz serta Inspektor Siti Najwa Rashid pula masing-masing dianugerahkan Pelatih Terbaik Latihan Luar (lelaki dan wanita).

Berucap dalam majlis tersebut, Dato' Pahlawan Mazlan menyeru warga baharu Pasukan mempraktikkan cogan kata 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada' dengan sentiasa berusaha mendekati masyarakat untuk meningkatkan keyakinan mereka terhadap PDRM.  

“PDRM dan masyarakat sememangnya saling memerlukan antara satu sama lain, terutamanya dalam usaha memerangi jenayah kerana mereka adalah mata dan telinga kepada PDRM dalam menyalurkan maklumat mengenai sebarang aktiviti jenayah. 

"Tanpa kerjasama daripada masyarakat, tidak mungkin PDRM dapat mengekalkan kesejahteraan negara dengan berkesan,” ujar beliau.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi, CP Dato’ Sri Tajudin Md. Isa, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato’ Sri Rosli Ab Rahman, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Dato' Shamsudin Mat, pegawai kanan PDRM, wakil-wakil media serta ahli keluarga pelatih.

Image may contain: 2 people
Para pelatih berjumpa dengan keluarga masing-masing setelah tamat majlis di dalam dewan.

Image may contain: 4 people, people smiling
Pelatih-pelatih terbaik bergambar kenangan.

Image may contain: 6 people, people standing
Nyanyian lagu Negaraku.

Image may contain: 3 people, shoes and indoor
Bacaan doa bagi memberkati majlis.

Image may contain: 12 people, people standing and indoor
Bacaan doa bagi memberkati majlis.

Image may contain: one or more people and people standing
Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Kadet Inspektor Siri 1/2019 diketuai oleh Inspektor Muhammad Hanif Ghazali selaku Pegawai Pemerintah.

 
Image may contain: 3 people, people standing and crowd
Perarakan masuk Panji-Panji Utama PDRM ke dalam Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

Image may contain: one or more people, people on stage and people standing
Perarakan masuk Panji-Panji Utama PDRM ke dalam Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

Image may contain: 1 person, closeup
Ucapan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor.
 
Image may contain: 4 people, people smiling, people standing
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor menandatangani buku pelawat.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing
Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Dato' Shamsudin Mat menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor.

Image may contain: 3 people, people standing
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor beramah mesra bersama pelatih-pelatih terbaik Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Kadet Inspektor Siri 1/2019.

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing, beard, hat and outdoor
Para pelatih berjumpa dengan keluarga masing-masing setelah tamat majlis di dalam dewan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS