Menu

IMPAK PENGURANGAN UMUR PENGUNDI: BERSEDIAKAH KITA?

Cheras, 14 November 2019 - Pindaan Perlembagaan Malaysia untuk menurunkan had umur pengundi daripada 21 kepada 18 tahun telah dibentang buat kali pertama di Dewan Rakyat dan diluluskan dengan tujuan membolehkan mereka yang berumur 18 tahun mengundi.

Malahan, majoriti negara-negara maju di dunia yang mengamalkan sistem demokrasi telah membenarkan rakyat negaranya yang berusia 18 tahun, untuk membuang undi dan menjadi pencorak masa depan negara.

Persoalannya, sudah bersediakah Malaysia?

Atas faktor itulah, satu program bual bicara telah diadakan di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur bagi membincangkan isu penurunan umur pengundi dari sudut perundangan negara.

Program bertajuk 'Impak Pengurangan Umur Pengundi Terhadap Demokrasi Pemilihan' anjuran peserta Diploma Siswazah Sains Kepolisan (DSSK) sesi 2018/2020 itu menampilkan Profesor Undang-undang Universiti Malaya, Profesor Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi, selaku panel jemputan.

Pengerusi projek, Superintendan Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, program bual bicara tersebut diadakan untuk melengkapkan subjek Undang-undang Perlembagaan dan Undang-undang Pentadbiran yang dikendalikan oleh pihak maktab dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

"Program bual bicara ini dikendalikan oleh 34 peserta kursus yang terdiri daripada 33 Pegawai Kanan Polis dan seorang Pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," ujar beliau.

Terdahulu, program yang berlangsung hampir dua jam tersebut telah dirasmikan oleh Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato' Tan Chong Jin.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato' Yong Lei Choo, Ketua Pengarah Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) Bangi, Dato' Anita Haji Harun, Ketua Perhubungan Antarabangsa, Urus Setia KPN, SAC Datuk Goh Boon Keng, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah, SAC Tuan Mior Faridalathrash Wahid dan Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan, Maktab PDRM Kuala Lumpur, SAC Tuan Abd Razak Md Zin.

Image may contain: 26 people, people smiling
Bergambar kenangan.

Image may contain: 1 person
Program bual bicara bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi bertajuk 'Impak Pengurangan Umur Pengundi Terhadap Demokrasi Pemilihan'.

Image may contain: 1 person, sitting
Ketibaan Profesor Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur.

Image may contain: 1 person, suit
Bacaan doa dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Ferdaus Mohd Suhani dari Baka Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Image may contain: 23 people, people smiling
Antara peserta yang hadir program bual bicara pada hari ini.

Image may contain: 9 people
Nyanyian lagu 'Negaraku' dan 'Sang Saka Biru'.

Image may contain: 2 people, people smiling
Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato' Tan Chong Jin menyampaikan cenderahati kepada Profesor Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS