Kuala Lumpur, 14 November 2019 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador hadir memenuhi jemputan bagi merasmikan Majlis Apresiasi Murid Tahun 2019 Sekolah Kebangsaan (SK) Jerantut, Pahang, siang tadi.
Tan Sri Abdul Hamid yang juga merupakan bekas pelajar di sekolah tersebut berasa teruja ketika dibawa melawat ke kawasan sekolah oleh pengetuanya, Encik Abu Kasim Abd. Rahman dengan ditemani rakan-rakan sekolah beliau dan ibu bapa turut yang hadir.