Menu

PJSJN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA TIMBALAN KP BAHAGIAN PERLINDUNGAN SAKSI JPM

#WarAgaingstDrugs

Kuala Lumpur, 18 November 2019 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman, CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Perlindungan Saksi, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Haji Mohamed Norazman Haji Mohamed Ariffin di Bilik Tetamu JSJN, Menara 2, di sini, pagi tadi.

Kunjungan tersebut adalah untuk membincangkan hala tuju dan kerjasama di antara JSJN dengan Bahagian Perlindungan Saksi, JPM, di masa hadapan.

Selain itu, Datuk Haji Mohamed Norazman turut menyampaikan penghargaan bagi pihak ketua pengarahnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) khasnya JSJN kerana telah membantu operasi yang dijalankan pihak mereka, baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) JSJN, Bukit Aman, SAC Tuan Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali, Pengarah Operasi, Bahagian Perlindungan Saksi, JPM, ACP Dr. Raja Ahmad Puad Raja Abdul Rahman dan Penolong Pengarah Urus Setia JSJN, Bukit Aman, Superintendan Kok Cai Fong.

Image may contain: 6 people, indoor
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman, CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd menayampaikan cenderahati kepada Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Perlindungan Saksi, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Haji Mohamed Norazman Haji Mohamed Ariffin.

Image may contain: 1 person, sitting and indoor
Sekitar kunjungan hormat Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Perlindungan Saksi, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Haji Mohamed Norazman Haji Mohamed Ariffin ke atas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman, CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Image may contain: 2 people, people sitting and indoor
Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Perlindungan Saksi, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Haji Mohamed Norazman Haji Mohamed Ariffin menandatangani buku pelawat sambil disaksikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman, CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Image may contain: 2 people, people sitting and indoor
Sekitar kunjungan hormat Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Perlindungan Saksi, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Haji Mohamed Norazman Haji Mohamed Ariffin ke atas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman, CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Image may contain: 2 people, people sitting and indoor
Sekitar kunjungan hormat Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Perlindungan Saksi, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Haji Mohamed Norazman Haji Mohamed Ariffin ke atas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman, CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS