Kuala Lumpur, 22 November 2019 - Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman hari ini memberikan penghormatan perpisahan dalam majlis penuh istiadat kepolisan kepada Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Alwi Haji Ibrahim di perkarangan Menara 1, Bukit Aman, di sini.
Tan Sri Alwi yang dilantik sebagai KSU KDN pada 26 Januari 2015, bakal menjalani persaraan wajib selepas hampir 35 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam.
Terdahulu, ketibaan beliau disambut oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador dan timbalannya, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor.
Tan Sri Alwi kemudiannya menerima tabik hormat dari kawalan kehormatan utama yang terdiri daripada 115 pegawai dan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan sebelum dibawa ke Dewan Bankuet KPN.
Berucap dalam majlis tersebut, Tan Sri Abdul Hamid yang mewakili seluruh warga PDRM menzahirkan setinggi-tinggi terima kasih buat Tan Sri Alwi atas khidmat bakti yang telah dicurahkannya selama ini, khasnya kepada PDRM.
Harapan beliau agar Tan Sri Alwi dapat terus menyumbangkan ilmu, idea dan teguran kepada PDRM demi memastikan Pasukan terus disegani di mata masyarakat.
"Saya memahat janji untuk terus mengemudi perjalanan PDRM di atas landasan yang ditetapkan, serta komited dalam menterjemahkan setiap dasar kerajaan, khususnya KDN, demi maslahah rakyat dan negara," ujar Tan Sri Abdul Hamid.
Hadir sama, barisan Pengarah PDRM, pegawai kanan KDN dan PDRM serta warga Bukit Aman.

Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Alwi Haji Ibrahim menandatangani buku pelawat.

Sekitar pemeriksaan baris oleh Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Alwi Haji Ibrahim.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador bergambar kenangan bersama Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Alwi Haji Ibrahim.

Ketibaan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor menerima tabik hormat daripada kawalan kehormatan.

Ketibaan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador menerima tabik hormat daripada kawalan kehormatan.

Sekitar ketibaan Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Alwi Haji Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Sekitar ketibaan Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Alwi Haji Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Alwi Haji Ibrahim menerima tabik hormat daripada kawalan kehormatan.

Sekitar ketibaan Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Alwi Haji Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Pengacara majlis.

Sekitar Lawatan Sempena Persaraan Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Alwi Haji Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Sekitar Lawatan Sempena Persaraan Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Alwi Haji Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan cenderahati kepada Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Alwi Haji Ibrahim.