Tindakan membuli di alam siber merupakan perbuatan yang sukar dibendung. Tindakan ini bukan sahaja wujud dalam platform media sosial (Facebook, Twitter, Instagram) bahkan di platform e-sport (Mobile Legend, PUBG dll), platform Messanger (Whatsapp, Wechat, Michatt dll) serta termasuklah tindakan menghantar “Emel Layang/Blackmail” yang turut dikategorikan sebagai Buli Siber.
Buli Siber ini dipandang serius kerana mampu memberikan impak negatif terhadap kesihatan mental mangsa yang dibuli.