Menu

#LegasiPejuangSeragamBiru DETEKTIF SARJAN MOHD SHAH BIN AHMAD


Detektif Sarjan Mohd Shah Ahmad dilahirkan pada 23 Jun 1952 di Jasin, Melaka. Beliau mula berkhidmat dalam Pasukan polis pada 18 Mei 1970 sebagai Konstabel dan telah bersara wajib pada 23 Jun 2007.

Pada 2 Julai 2000, beliau yang ketika itu bertugas di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar, Perak diarahkan ke kawasan Bukit Jenalek, Sauk, Perak untuk melakukan risikan dan pemantauan selepas berlakunya pencerobohan 15 lelaki menyamar anggota tentera berpangkat Kapten dan Leftenan Kolonel sebelum melarikan sejumlah alat komunikasi serta senjata api dari kem tentera di Grik.

Ketika menjalankan risikan, Sarjan Mohd Shah bersama seorang anggota Komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan seorang penduduk tempatan ditahan oleh kumpulan Al-Maunah dibawah pimpinan Mohamed Amin untuk dijadikan tebusan. Sarjan Mohd Shah telah diseksa secara mental dan fizikal ketika menjadi tawanan kumpulan berkenaan bagi mendapatkan maklumat-maklumat sulit kerajaan. Namun, atas dasar patriotisme dan integriti, beliau sama sekali tidak mendedahkan permintaan kumpulan Al-Maunah berkenaan. Kumpulan Al-Maunah turut melepaskan beberapa das tembakan hanya beberapa inci sahaja daripada telinga Sarjan Mohd Shah sehingga menyebabkan rakannya iaitu Sarjan Detektif Sagadevan Rajoo terkorban.

Rentetan daripada peristiwa tersebut, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke VII, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah berkenan mengurniakan anugerah Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormat PGB kepada Sarjan Mohd Shah pada pada 27 Disember 2001.

Ikuti temubual eksklusif bersama Sarjan Mohd Shah Ahmad yang berkongsi pengalaman beliau menjadi tawanan kumpulan pengganas Al-Ma'unah di Bukit Jenalek, Sauk, Perak pada bulan Julai 2000 di https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/videos/378158389792157/

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#LegasiPejuangSeragamBiru

76686358_2820790634597892_2297521153595408384_o
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS