Serdang, 14 Disember 2019 - Seramai 294 para pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) diraikan dalam Majlis Malam Mes bertemakan 'Apresiasi Budi Nostalgia Abadi' di Hotel Palace Of The Golden Horses, di sini, malam tadi.
Majlis tahunan itu diadakan sebagai tanda penghargaan ikhlas Pasukan kepada mereka yang telah banyak mencurahkan jasa dan bakti selama berkhidmat dalam PDRM.
Berucap dalam majlis tersebut, Ketua Polis Negara merangkap Yang Di-Pertua Mes PDRM, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador mendoakan agar kesemua pesara yang diraikan dikurniakan kesihatan yang baik di samping dapat bergiat aktif melalui persatuan-persatuan di bawah Pasukan.
"Saya sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pesara yang rata-ratanya telah menghabiskan lebih tiga dekad usia untuk bersama-sama Pasukan."
"Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh Dato’ Sri-Dato’ Sri, Dato’-Dato’, Datin Sri, tuan-tuan dan puan-puan selama ini," ucap beliau.
Dalam majlis tersebut juga, Tan Sri Abdul Hamid turut berbesar hati menyampaikan cenderahati kenang-kenangan daripada Pasukan kepada mereka yang diraikan.
Turut hadir, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki, Timbalan Ketua Polis Negara merangkap Timbalan Yang Di-Pertua Mes PDRM, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor dan isteri, Ketua Urusetia KPN merangkap Naib Yang Di-Pertua Mes PDRM, DCP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf dan isteri, barisan Pengarah PDRM, Pengerusi PERKEP Jabatan, pegawai kanan serta warga PDRM.

Ketua Polis Negara merangkap Yang Dipertua Mes PDRM, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador bergambar kenangan bersama tetamu yang hadir.

Ketua Polis Negara merangkap Yang Dipertua Mes PDRM, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador dalam Majlis Malam Mes bertemakan 'Apresiasi Budi Nostalgia Abadi' di Hotel Palace Of The Golden Horses.

Bergambar kenangan di Majlis Malam Mes Pesara Pegawai Kanan PDRM tahun 2019.

Ketibaan Ketua Polis Negara merangkap Yang Dipertua Mes PDRM, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador bersama Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki.

Pengacara Majlis Malam Mes Pesara Pegawai Kanan PDRM tahun 2019 yang berlangsung di Hotel Palace Of The Golden Horses.

Sekitar Majlis Malam Mes Pesara Pegawai Kanan PDRM tahun 2019 yang berlangsung di Hotel Palace Of The Golden Horses.

Ucapan Ketua Polis Negara merangkap Yang Dipertua Mes PDRM, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

Ucapan wakil pesara, Dato' Sri Tajudin Md Isa.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan cenderahati kepada penerima.

Sekitar persembahan di Majlis Malam Mes Pesara Pegawai Kanan PDRM tahun 2019.