Menu

MAJLIS SUKAN PDRM JOHAN KESELURUHAN ACARA NYANYIAN LAGU ASLI FESTIVAL KESENIAN MAKSAK 2019

Melaka Tengah, 16 Disember 2019 – Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dinobatkan sebagai johan keseluruhan bagi acara nyanyian lagu asli pada Festival Kesenian Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) 2019 yang berlangsung di Panggung Seri Budaya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Ayer Keroh, Melaka di sini, semalam.

Koperal Amirul Asraf Baharuddin menduduki tempat pertama bagi kategori lelaki selepas berjaya menambat hati pihak juri dengan persembahan nyanyian yang begitu mengasyikkan, manakala Koperal Nor Marina Ishak pula, menduduki tempat ketiga kategori wanita dengan nyanyian yang tidak kurang hebatnya.

Dengan memperoleh markah terkumpul sebanyak 89 mata, Majlis Sukan PDRM berjaya menewaskan empat pesaing lain iaitu MAKSAK Kuala Lumpur, MAKSAK Selangor, Majlis Sukan ATM dan MAKSAK Pahang.

Kemenangan tersebut membolehkan Majlis Sukan PDRM membawa pulang wang tunai sebanyak RM700.

Selain nyanyian lagu asli, festival yang berlangsung dari 12 hingga 15 Disember 2019 itu turut mempertandingkan kategori kumpulan muzik moden dan tarian rakyat kreatif.

Penutupan Festival Kesenian MAKSAK 2019 telah disempurnakan oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Melaka merangkap Naib Yang DiPertua MAKSAK Melaka, Datuk Zaidi Johari.

Majlis turut dihadiri Setiausaha Agung MAKSAK Malaysia, Encik Radin Hedly Syah Radin Mohamad Hambali, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Melaka, Cik Ezlina Alias, Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Dasar Sumber Manusia) PDRM merangkap Pengelola Festival Kesenian PDRM, SAC Dato' Muhamad Zaki Harun dan ahli-ahli MAKSAK.


Koperal Nor Marina Ishak dan Koperal Amirul Asraf Baharuddin.

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing
Bergambar kenangan.

Image may contain: 11 people, people smiling, people on stage
Bergambar kenangan.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing
Bergambar kenangan.

Image may contain: 13 people, people smiling
Bergambar kenangan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS