Menu

PDRM, MOT BINCANG WUJUDKAN STESEN KOMUTER DI BUKIT AMAN

Kuala Lumpur, 23 Disember 2019 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap stesen Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) dapat diwujudkan berhampiran pintu masuk menara dua Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya sedang berbincang dengan Kementerian Pengangkutan dalam usaha mewujudkan stesen KTM berkenaan bagi memudahkan warga Bukit Aman yang tinggal di luar Kuala Lumpur menggunakan pengangkutan awam itu.

Menurutnya, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan stesen komuter itu.

“Sekiranya projek ini berjaya dimuktamadkan, ia akan memberi keselesaan kepada warga Bukit Aman khususnya mereka yang tinggal di luar Kuala Lumpur dapat menggunakan pengangkutan awam datang ke pejabat,” katanya.

Bacaan lanjut menerusi pautan Portal Sinar Harian di bawah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS