Menu

PERMAISURI JOHOR KURNIA SUMBANGAN KEPADA BALU ANGGOTA POLIS

Johor Bahru, 29 Disember 2019 - Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah hari ini berkenan mengurniakan sumbangan kepada dua orang balu anggota polis yang terkorban ketika bertugas pada 6 November lalu.

Allahyarham Lans Koperal Saifullah Mohamad dari Balai Polis Pasir Gudang dan Allahyarham Lans Koperal Mohammad Johari Rosli dari Balai Polis Scientex meninggal dunia selepas mereka dirempuh sebuah lori yang terbabas di Jalan Canggung, Kota Masai.

Ketika kejadian pada pukul 5.30 pagi itu, Allahyarham berdua bersama tiga anggota lain baru selesai tugasan sekatan jalan raya.

Tuanku Permaisuri mengurniakan sumbangan kepada Norina Bakri (balu Saifullah) dan Norhafizah Fazil (balu Mohammad Johari), sambil menyampaikan kata-kata semangat serta sokongan moral kepada mereka.

Turut diadakan bacaan Surah Yassin dan tahlil, sebelum majlis santapan ringan di surau dan dewan Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Polis Johor, CP Dato' Mohamad Kamaruddin Md Din dan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah.

Sumber: The Royal Johor

 
Image may contain: 1 person, sitting and indoor

Image may contain: one or more people and people sitting

Image may contain: 5 people, text

Image may contain: 8 people, people smiling, people standing

Image may contain: 5 people

Image may contain: 10 people, people smiling

Image may contain: 6 people, people sitting, camera and text

Image may contain: 7 people, people sitting

Image may contain: 11 people, people sitting

Image may contain: 4 people, people standing

Image may contain: 6 people, people standing

Image may contain: 5 people, people standing

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS