Ketua Polis Negara Pertama: Tan Sri Claude Harry Fenner (16.09.1963 - 28.02.1966).
Tan Sri Claude Harry Fenner dilahirkan pada 16 Januari 1916 di London, United Kingdom. Beliau merupakan Ketua Polis Negara yang pertama dan berkhidmat di antara 18 September 1958 sehingga 28 Februari 1966. Tan Sri Claude Harry Fenner telah mendirikan rumahtangga bersama dengan Puan Sri Lady Joan Fenner dan telah dikurniakan dengan seorang cahaya mata.
Beliau menyertai Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1936 sebagai Kadet Penolong Penguasa Polis. Sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Negara, beliau pernah berkhidmat di dalam berbagai cawangan dan bahagian di dalam pasukan polis.
Sumber: Muzium Polis Diraja Malaysia