New Psychoactive Substances (NPS) adalah kategori dadah yang berasaskan tumbuh-tumbuhan.
Mana-mana individu yang memasukkan dadah NPS ke dalam tubuh badan berisiko mengalami kerosakan organ dalaman yang boleh membawa kepada kematian.
Terdapat tiga kumpulan dadah NPS iaitu:
1. Ketum (Mitragyna Speciosa Korth) - tumbuhan asli yang mengandungi alkaloid mintragyne. Bahan ini mampu menjadi perangsang manakala dengan dos yang tinggi, ia boleh menjadi ubat pelali.
2. Divinorum Salvia - mampu menjadi bahan aktif Salvinorin A atau bahan halusinogen.
3. Ketamin dan bahan jenis Phencyclidine-Ketamin - sebagai bius kepada manusia pada kadar dos yang rendah manakala akan menjadi halusinogen pada dos yang tinggi. Ia juga merupakan dadah NPS yang terkini di pasaran.
Kesan penggunaan dadah NPS boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kecelaruan, halusinasi, keresahan dan ketakutan. Dan sekiranya pengambilan dos yang lebih tinggi, ia boleh menyebabkan sawan dan kematian.
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Agensi Antidadah Kebangsaan