Seremban, 10 Januari 2020 - Seramai 19 individu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang Geng Kabali, tahun lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa kepada setiap tertuduh berusia 18 hingga 50 tahun itu di hadapan Hakim Mardihah Harullah.
Tertuduh ialah S Prabu, S Viven, S G Ravikumar, S S Subramaniam, G Kartik Rajah, S R C Parkash, R Kamal Rajh, T S G Kartik, U Kartik, B Kalaiarasan, G Murali, S Ilangovan, L Navinraj, K Sarugunan, S Sivabalan, G Thanaselan dan M Puspalingam.
Mengikut pertuduhan mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Kabali di jalan besar Batu 1/2, Jalan Rantau-Siliau, Rantau, di sini antara Februari dan 27 November 2019.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut.
