Alor Gajah, 11 Januari 2020 - Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut selepas motosikal ditungganginya terbabit kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan kelapa sawit di Jalan Machap di sini petang semalam.
Dalam kejadian jam 4.40 petang itu, mangsa, Muhammad Hanif Hassan, 24, yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari Muar, Johor bagi menjalankan siasatan dipercayai dalam perjalanan pulang ke IPD Alor Gajah.
Bagaimanapun katanya, setiba di tempat kejadian motosikal ditunggang mangsa terlibat kemalangan dengan lori jenis Isuzu NPR59P yang dipandu seorang lelaki berusia 35 tahun bersama kelindan berusia 32 tahun dari arah bertentangan.
Sama-samalah kita sedekahkan bacaan surah Al-Fatihah buat Allahyarham Sarjan Muhammad Hanif. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama roh orang-orang beriman.
Bagi pihak seluruh warga Polis Diraja Malaysia, kami mengucapkan takziah buat ahli keluarga Allahyarham.
Sumber berita: Sinar Harian
Pautan: https://www.sinarharian.com.my/article/65427/BERITA/Tragedi/Sarjan-maut-motosikal-langgar-lori?fbclid=IwAR0ajnzEHu8c16WIMXLz0O0iFpEN28VfhzD6R323SQHqw23XdvjxkuUlKVc