Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta orang ramai supaya tidak panik berikutan jangkitan Influenza di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, KKM telah mempertingkatkan pemantauan aktiviti Influenza mahupun kejadian wabak jangkitan saluran pernafasan dari masa ke masa.
Katanya, KKM juga ingin menegaskan bahawa kejadian jangkitan Influenza yang berlaku di Malaysia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kejadian radang paru-paru (pneumonia) yang sedang berlaku di Wuhan, China, Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) ataupun lain-lain.
Bacaan selanjutnya menerusi artikel Harian Metro di bawah.