Menu

AWAS PENYAKIT INFLUENZA!

Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Gejala jangkitan ini ialah demam, selesema, sakit tekak, sakit kepala, sakit badan, sukar bernafas, cirit birit dan sakit perut serta batuk.

Wabak yang disebabkan virus influenza ini boleh mengakibatkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.

Jom ikuti beberapa langkah pencegahan daripada Infografik Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengelakkan anda daripada dijangkiti virus influenza.

#JomBeringat
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS