Assalamualaikum wbth dan selamat pagi,
SEKSAAN NERAKA
Daripada Samurah bin Jundab RA bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Sebahagian daripada penghuni neraka akan dijilat api neraka hingga ke tumit, sebahagiannya hingga ke lutut, sebahagiannya hingga ke pinggang dan sebahagiannya pula hingga ke tulang leher.” (Riwayat Muslim)
Huraian Hadith:
1. Seksaan neraka adalah bertahap-tahap mengikut amalan yang dilakukan oleh golongan kafir dan berdosa.
2. Umat Islam disuruh supaya menjauhi perbuatan-perbuatan jahat untuk mengelakkan diri daripada seksaan Allah SWT.
3. Rasulullah SAW menyebut seksaan neraka yang mengerikan adalah untuk menakutkan umatnya daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang atau meninggalkan perkara yang disuruh yang boleh menjerumuskan mereka ke dalam azab tersebut.
Sumber: Kitab Riyadhus Salihin
#TazkirahJumaat
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)