Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 930 SAMAN DIKELUARKAN DALAM OPERASI BANTERAS REMPIT DI BUTTERWORTH

Butterworth, 21 Januari 2020 – Sebanyak 2,358 buah motosikal diperiksa dan 930 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam satu operasi yang dijalankan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), di sini, malam kelmarin.

Operasi melibatkan lebih 70 anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) tersebut bertujuan membanteras aktiviti rempit di kawasan berkenaan, hasil daripada aduan orang ramai.

Selain itu, sejumlah 175 motosikal disita dan 24 lelaki ditahan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan menunggang secara melulu dan berbahaya.

Mereka yang ditahan diarahkan menolak motosikal masing-masing sejauh dua kilometer (km) ke balai polis berhampiran bagi tindakan lanjut.

Dalam operasi sama, 11 individu ditahan kerana di bawah umur, tiga positif dadah jenis Methamphetamine dan seorang lagi positif Tetrahydrocannabinol.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Harian Metro seperti berikut.

Image may contain: 1 person
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS