Menu

#LegasiPejuangSeragamBiru SM BAHARIN HAMIT

Sarjan Mejar (SM) Baharin Hamit dilahirkan pada 5 September 1964 di Kuantan, Pahang. Beliau mula berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 April 1984 sebagai Konstabel dan menjalani latihan asas di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kota Kinabalu, Sabah. Sejurus tamat menjalani latihan, SM Baharin telah ditempatkan di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Tanggal 2 Mac 2013, SM Abd. Aziz yang pada ketika itu berpangkat Sarjan telah menyertai satu operasi khas yang diketuai oleh Allahyarham ACP Ibrahim Lebar bagi mengesan dan menangkap anggota penceroboh Tentera Diraja Kesultanan Sulu atau lebih dikenali sebagai Royal Sulu Force (RSF) di Kampung Simunul, Semporna, Sabah. SM Baharin turut berperanan sebagai pengiring kepada Allahyarham ACP Ibrahim dan turut membawa beberapa peralatan khas untuk mengesan kedudukan penceroboh berkenaan.

Ketika proses pemeriksaan dilakukan, SM Baharin dan rakan sepasukan telah diserang hendap dengan senjata api dan parang Barong oleh penceroboh RSF yang bersembunyi dalam beberapa rumah penduduk di kampung air berkenaan. Malangnya, beliau terkorban akibat terkena tembakan rambang penceroboh yang datang dari pelbagai arah.

Bagi menghargai jasa dan sifat keperwiraan Allahyarham SM Baharin kepada negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke XIV Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mengurniakan anugerah Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormat Panglima Gagah Berani kepada beliau pada 2 Disember 2014. Allahyarham SM Baharin turut dinaikkan pangkat secara medan (field promotion) daripada Sarjan kepada SM pada Sambutan Hari Polis ke-206.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#LegasiPejuangSeragamBiru

Image may contain: 1 person
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS