Menu

#CORONAVIRUS GAMBAR TULAR: BUKAN GAMBAR MANGSA MATI DIJANGKITI VIRUS. HENTI SEBARKAN BERITA ATAU INFO PALSU

Johor Bahru, 26 Januari 2020 - Polis mengesahkan warga China yang mati mengejut di Johor Bahru berpunca akibat penyakit jantung, bukannya dijangkiti koronavirus sebagaimana ditularkan.

Dalam perkembangan petang ini, tular gambar anggota polis mengusung mayat didakwa warga China yang dikatakan mati mengejut ke dalam kenderaan pacuan empat roda pihak berkuasa itu.

Keadaan itu menyebabkan beberapa netizen panik dengan mengaitkan kematian mangsa disebabkan virus misteri yang berasal dari Wuhan, China yang sedang merebak ketika ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar ketika mengulas perkara itu berkata, kejadian terbabit berlaku semalam di Kompleks Sultan Abu Bakar di laluan ke dua Malaysia-Singapura.

Bacaan selanjutnya menerusi artikel Sinar Harian di bawah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS