Menu

WARGA POLIS KEDAH TERIMA PENGANUGERAHAN PJPN

Alor Setar, 30 Januari 2020 - Satu Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Siri 1/2020 bagi warga Polis Kontinjen Kedah telah berlangsung di Dewan Utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, pagi tadi.

Seramai 295 pesara polis dan 101 pegawai kanan dan pegawai rendah Polis Kontinjen Kedah menerima anugerah Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) yang telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Mohd Zakaria Ahmad.

Penganugerahan kepada para pegawai dan pesara polis ini bagi mengenang pengorbanan dan bakti yang telah dicurahkan semasa dalam perkhidmatan.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Kedah, DCP Dato' Muhammad Azlee Abdullah, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Polis Daerah serta penerima-penerima pingat.

Sumber: Polis Kedah

Image may contain: 4 people, people standing

Image may contain: one or more people and close-up

Image may contain: 2 people, people standing

Image may contain: 1 person

Image may contain: 4 people, people standing

Image may contain: indoor

Image may contain: 1 person, standing

Image may contain: 2 people, people standing

Image may contain: 2 people, people standing and indoor

Image may contain: 3 people, indoor

Image may contain: 3 people

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS