Kota Bharu, 13 Februari 2020 - Polis telah menahan 12 pelajar bagi membantu siasatan kes seorang pelajar lelaki cedera dipukul dalam satu kejadian di sebuah sekolah di Pasir Mas, di sini, Ahad lalu.
Kejadian yang berlaku pada jam 6 petang itu membabitkan pelajar lelaki Tingkatan Dua dan Tiga di sekolah berkenaan dan seorang lagi pelajar lelaki dari sekolah berasingan.
Hasil siasatan awal mendapati, kes tersebut dipercayai berpunca daripada perebutan cinta seorang remaja perempuan sebaya di sekolah sama.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Video berdurasi 54 saat itu tular semalam di media sosial, memaparkan seorang pelajar dipukul bertalu-talu oleh seorang lagi pelajar lelaki sambil disaksikan oleh sekumpulan pelajar lain yang bersorak dan turut merakam kejadian itu.
Sumber video: RMP TV
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#13022020
https://www.youtube.com/watch?feature=youtu.be&v=rexiOUcv-ig
