Subang Jaya, 13 Februari 2020 - Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Rasikin Satiman mengesahkan pihaknya ada menerima laporan Polis berhubung kejadian seorang anggota Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dipukul oleh seorang lelaki dalam kejadian di USJ 19, hari ini.
“Setakat ini, kami hanya menerima laporan dibuat oleh anggota MPSJ berkenaan, manakala lelaki yang terlibat memukul anggota penguatkuasa itu belum membuat laporan Polis.