Menu

INFO BALAI: BALAI POLIS BERCHAM, IPOH

Pada tahun 1950 Pondok Polis Bercham telah diwujudkan dan dinaik taraf menjadi sebuah balai polis bermula tahun 1984. Keanggotaan balai ketika itu terdiri daripada tiga orang anggota Special Constable (SC) dan dibantu oleh beberapa orang anggota Home Guard.

Pada 13 September 2003, balai ini telah dibina semula di atas tapak asal dan dirasmikan oleh Ketua Polis Perak ketika itu, DCP Dato' Zainal Mohd Tahir pada 7 September 2005.

Keluasan pentadbiran balai adalah seluas 11.5 kilometer persegi yang meliputi taman perumahan, perkampungan, perladangan serta kawasan perindustrian dan perniagaan.

Balai yang terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh ini diketuai oleh Inspektor dan dibantu oleh 42 orang Anggota Pangkat Rendah berlainan pangkat.

Image may contain: text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS