Menu

#JomBeringat: PANDUAN KESELAMATAN BERKAITAN PENGGUNAAN TONG GAS


PANDUAN KESELAMATAN BERKAITAN PENGGUNAAN TONG GAS

Keselamatan ketika di dapur perlu diberi perhatian terutamanya membabitkan gas memasak. Boleh dikatakan kebanyakan daripada kita mengabaikan dan mengambil mudah keselamatan penggunaan silinder gas memasak.

Jom ikuti panduan keselamatan berkaitan penggunaan silinder gas memasak atau tong gas yang disyorkan oleh PETRONAS seperti berikut:

1. Pastikan jarak antara silinder gas dengan alat memasak antara 1 ke 1.5 meter. Alat memasak perlu diletakkan lebih tinggi daripada tong gas.

2. Jangan simpan tong gas di tempat tertutup dan tidak mempunyai pengaliran udara yang baik.

3. Bau pelik atau busuk daripada tong gas bermakna ada kebocoran. Tutup semua punca api dan jangan gunakan peralatan elektrik.

4. Guna air sabun untuk mengesan kebocoran gas. Jika terdapat buih, bermakna ada kebocoran berlaku. Buka alat atur gas (regulator) dan alihkan tong gas ke tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik.

5. Nyalakan api sebelum menghidupkan alat memasak.

6. Sentiasa pastikan pengudaraan yang baik dan jangan tinggalkan ketika sedang memasak.

7. Tutup peralatan memasak dan buka injap alat atur gas jika tidak digunakan.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#InfoPDRM
#InfoBersama
#JomBeringat

Imej mungkin mengandungi: api
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS