Bentong, 17 Februari 2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan kolaborasi dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menangani permasalahan disiplin, dan salah laku murid melalui program “Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan” yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Puan Teo Nie Ching di SMK Sulaiman, Bentong, Pahang, di sini, pagi tadi.
 
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador dalam ucapannya berkata, PDRM amat prihatin tentang permasalahan sosial dan salah laku jenayah dalam kalangan generasi muda, khususnya murid-murid sekolah. 
 
“Kerjasama yang tersusun dan bersistematik di antara pihak sekolah, ibu bapa dan PDRM, dilihat mampu membendung isu salah laku sosial, dadah dan perlakuan jenayah daripada terus menular.
 
“Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) yang dilantik bagi setiap sekolah, perlu mewujudkan suasana sekolah yang aman dan selamat dengan membuat rondaan, lawatan, ceramah atau sesi dialog, berkaitan hal-hal keselamatan kepada warga sekolah,” katanya.
 
Tambah beliau, PPS juga hendaklah sentiasa bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru dalam memberikan khidmat nasihat kepada pihak sekolah, berhubung tindakan yang wajar diambil, sekiranya berlaku sebarang kejadian jenayah melibatkan para pelajar.
 
Menurutnya lagi, PPS turut bertanggungjawab memberi pendedahan dan kesedaran tentang undang-undang kepada para guru, murid-murid dan ibu bapa. 
 
“Mekanisme ini diyakini dapat melahirkan komuniti sekolah yang celik undang-undang, dan mempunyai pengetahuan tentang langkah-langkah pencegahan jenayah, bagi mengekang kes-kes salah laku dalam kalangan pelajar. 
 
“Malah, melengkapkan diri dengan pengetahuan victimology juga, akan memudahkan PPS untuk berkongsi pengetahuan dengan para guru, murid-murid dan ibu bapa, mengenai cara-cara membantu mangsa yang mengalami trauma atau “psychological impact” akibat sesuatu perlakuan jenayah,” jelas beliau lagi.
 
Selain itu, beliau turut menekankan mengenai penularan ideologi atau dakyah ajaran sesat, radikalisme, ekstremisme dan terrorism daripada menyerap masuk ke dalam sekolah bagi memastikan murid-murid tidak dimanipulasi oleh golongan-golongan tertentu. Tan Sri Abdul Hamid yang juga bekas pelajar di sekolah berkenaan berbesar hati berkongsi pengalaman dan kenangan manis beliau sepanjang menjalani alam persekolahan di sana.
 
Dalam majlis yang sama turut diadakan pelancaran Buku Panduan Pegawai Perhubungan Sekolah hasil kerjasama daripada KPM, PDRM dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) yang akan digunakan sebagai garis panduan kepada PPS dan semua pihak yang berkaitan dalam melaksana program atau aktiviti yang telah ditetapkan.
 
Antara yang hadir, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato’ Zainal Abidin Kasim, Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Abdul Jalil Hassan, Ketua Urus Setia KPN, DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf, Presiden KPPK, Tuan Aminuddin Awang, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM, Dato’ Mohd Jamil Mohamed, barisan pengarah bahagian KPM, Pengarah Pendidikan Negeri Pahang, Dato’ Dr Haji Tajuddin Mohd Yunus, para pegawai kanan PDRM serta wakil media.
 
 
Plak perasmian Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM: Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 dan Pelancaran Buku Panduan PPS yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Puan Teo Nie Ching.
 
 
Bergambar kenangan di Majlis Perasmian Permuafakatan KPM dan PDRM: Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 dan Pelancaran Buku Panduan PPS.
 
 
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador beramah mesra bersama para pelajar SMK Sulaiman, Bentong, Pahang.
 
 
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Puan Teo Nie Ching bersama Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyambut kehadiran para pelajar SMK Sulaiman, Bentong, Pahang.
 
 
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Puan Teo Nie Ching bersama Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyambut kehadiran para pelajar SMK Sulaiman, Bentong, Pahang.
 
 
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador beramah mesra bersama teman-teman zaman persekolahannya di SMK Sulaiman, Bentong, Pahang.
 
 
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Puan Teo Nie Ching menandatangani buku pelawat.
 
 
Abdul Hamid Bador menandatangani buku pelawat.
 
 
Ucapan alu-aluan oleh Presiden KPPK, Tuan Aminuddin Awang.
 
 
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan ucapan.
 
 
Ucapan perasmian Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM: Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 dan Pelancaran Buku Panduan PPS oleh Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Puan Teo Nie Ching.
 
 
Gimik perasmian Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM: Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 dan Pelancaran Buku Panduan PPS yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Puan Teo Nie Ching.
 
   
  
   
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Puan Teo Nie Ching bersama Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador melawat tapak pameran sempena Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM: Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 dan Pelancaran Buku Panduan PPS.  

Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Puan Teo Nie Ching bersama Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador melawat tapak pameran sempena Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM: Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 dan Pelancaran Buku Panduan PPS.  

Bergambar kenangan.