Kuala Lumpur, 19 Februari 2020 - Penghuni di lapan buah blok kuarters perumahan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dan Balai Polis Pantai, di sini, menerima 16 unit lif baharu membabitkan peruntukan sebanyak RM7.108 juta.
Proses penggantian lif yang selesai dilaksanakan tersebut memberi kemudahan dan keselesaan, sekaligus menceriakan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menetap di kedua-dua kawasan perumahan berkenaan.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan dan kebajikan warga Pasukan Polis.
“Penggantian lif ini merupakan bukti komitmen kerajaan yang sentiasa berusaha meningkatkan keselesaan warga PDRM menerusi projek pembangunan fizikal.
“Ia sejajar dengan langkah strategik pemantapan pengurusan prasarana bagi menyediakan tempat bekerja dan kuarters yang kondusif,” katanya dalam Majlis Perasmian Penyelarasan Projek Lif di Dewan Pengaman PULAPOL Kuala Lumpur, pagi tadi.
Selain itu, PDRM turut menerima peruntukan sejumlah RM22 juta di bawah Rolling Plan Keempat (RP4) Tahun 2020, bagi menggantikan sebanyak 41 unit lif lagi di premis-premis PDRM yang lain.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN, Dato’ Jamil Rakon, Ketua Pengarah Kerja Raya Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, Ir. Kamaluddin Haji Abdul Rashid, Timbalan Setiausaha (Pengurusan) KDN, Datuk Wan Ahmad Dahlan Haji Ab. Aziz, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, CP Dato’ Sri Rosli Ab Rahman, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Mazlan Haji Lazim, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Dato’ Shamsudin Mat, barisan pegawai KDN, pegawai kanan PDRM dan wakil media.

Penyerahan replika kunci daripada pihak kontraktor Sword Elevators (M) Sdn. Bhd. kepada JKR, KDN dan PDRM.

Sesi bergambar kenangan.

Sesi menandatangani buku pelawat oleh Ketua Setiausaha KDN, Dato’ Jamil Rakon.

Sesi menandatangani buku pelawat oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Sesi menandatangani buku pelawat oleh Ketua Pengarah Kerja Raya Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, Ir. Kamaluddin Haji Abdul Rashid.

Ucapan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Upacara penyerahan salinan dokumen di antara pihak Kontraktor Sword Elevators (M) Sdn. Bhd dengan Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Dalam Negeri (KDN dan Polis Diraja Malaysia.

Upacara penyerahan salinan dokumen di antara pihak Kontraktor Sword Elevators (M) Sdn. Bhd dengan Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Dalam Negeri (KDN dan Polis Diraja Malaysia.

Upacara penyerahan salinan dokumen di antara pihak Kontraktor Fuji DNDT Sdn. Bhd dengan Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Dalam Negeri (KDN dan Polis Diraja Malaysia.

Upacara penyerahan salinan dokumen di antara pihak Kontraktor Fuji DNDT Sdn. Bhd dengan Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Dalam Negeri (KDN dan Polis Diraja Malaysia.

Penyampaian cenderahati daripada pihak kontraktor Sword Elevators (M) Sdn. Bhd. kepada JKR, KDN dan PDRM.

Penyerahan replika kunci daripada pihak kontraktor Fuji DNDT Sdn. Bhd. kepada JKR, KDN dan PDRM.

Penyampaian cenderahati daripada pihak kontraktor Fuji DNDT Sdn. Bhd. kepada JKR, KDN dan PDRM.

Sesi menandatangani 'plaque' Perasmian Projek Penggantian Lif di PULAPOL KL dan Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.