Menu

5 SASARAN UTAMA SEBAGAI GARIS PANDUAN JSJ DALAM MEMERANGI JENAYAH TAHUN 2020

Kuala Lumpur, 21 Februari 2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah menetapkan lima sasaran utama sebagai garis panduan untuk memerangi jenayah dalam usaha penambahbaikan dan perancangan baharu dalam jabatan tersebut.

Intipati sasaran adalah menjadikan negara bebas daripada ancaman jenayah, memantapkan kualiti siasatan Pegawai Penyiasat, meningkatkan tahap capaian maklumat sistem Central Criminal Intelligence Unit (CCIU), pembanterasan terhadap aktiviti perjudian, maksiat dan gangsterisme serta memperluaskan siasatan jenayah terancang. 

Sasaran-sasaran ini dirangka sebagai memenuhi kehendak masyarakat serta sebagai langkah untuk mengekalkan momentum kecemerlangan JSJ.

Berucap dalam majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit Aman anjuran JSJ, di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, pagi tadi, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata penugasan PDRM semakin mencabar di mana masyarakat hari ini semakin peka akan hak mereka disisi undang-undang serta ekspektasi mereka lebih tinggi terhadap perkhidmatan yang diberikan.

“Kita harus akur dengan kehendak masyarakat yang sentiasa mahukan pihak polis bertindak responsif dan proaktif dalam membendung dan mencegah kes-kes jenayah dengan secepat mungkin,” ujar beliau.

Tan Sri Abdul Hamid dalam ucapannya juga mengingatkan warga PDRM sentiasa menjaga gerak geri dalam menyampaikan perkhidmatan kerana polis sering diperhatikan dan dinilai oleh masyarakat malah kebolehupayaan PDRM menyelesaikan kes-kes melibatkan public interest juga memberi impak yang besar kepada persepsi mereka terhadap warga kerja.

“Sungguhpun kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak, namun apa yang penting ialah kita harus memperkemaskan lagi gerak kerja dan melipatgandakan usaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat,” ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, Tan Sri Abdul Hamid berbesar hati menyampaikan Surat Penghargaan KPN kepada 50 warga PDRM Bukit Aman yang telah mempamerkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.

“Semoga penganugerahan ini menjadi aspirasi kepada warga PDRM lainnya, untuk terus menabur khidmat bakti dengan cemerlang demi Pasukan yang kita cintai ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada para penerima,” tambah beliau lagi.

Turut hadir, Timbalan KPN, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor, Pengarah JSJ merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis, CP Dato’ Huzir Mohamed, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Zamri Yahya,, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato’ Zainal Abidin Kasim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Ramli Din, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, DCP Dato’ Azisman Alias dan warga kerja Bukit Aman.

Image may contain: 23 people, indoor
Bergambar kenangan.

Image may contain: one or more people, people standing and indoor
Nyanyian lagu Negaraku.

Image may contain: 1 person, standing
Ucapan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Image may contain: 3 people, people standing, suit, beard and outdoor
Ketibaan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Image may contain: 7 people, people dancing, people on stage and indoor
Sekitar bacaan doa Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit Aman.

Image may contain: 12 people, people standing and indoor
Sekitar bacaan ikrar

Image may contain: 5 people, people standing and indoor
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador. menyampaikan Surat Penghargaan KPN kepada 50 warga PDRM Bukit Aman yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang.

Image may contain: 4 people, people standing, shoes and indoor
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador. menyampaikan Surat Penghargaan KPN kepada 50 warga PDRM Bukit Aman yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang.

Image may contain: 2 people, people standing and indoor
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador. menyampaikan Surat Penghargaan KPN kepada 50 warga PDRM Bukit Aman yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang.

Image may contain: 3 people, people standing, people dancing, shoes and indoorKetua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador. menyampaikan Surat Penghargaan KPN kepada 50 warga PDRM Bukit Aman yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS