Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: MAJLIS RAJA-RAJA DIBERI TAKLIMAT KESELAMATAN DAN PERTAHANAN

Kuala Lumpur, 21 Februari 2020 - Majlis Raja-Raja berkenan mendengar taklimat terkini mengenai pertahanan dan keselamatan negara pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-256 yang diadakan semalam dan hari ini di Istana Negara di sini.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan, taklimat mengenai pertahanan negara dipersembahkan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, manakala bagi keselamatan negara oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Bacaan lanjut menerusi: https://www.bharian.com.my/…/majlis-raja-raja-diberi-taklim…

Image may contain: 1 person

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS