Langkawi, 2 Mac 2020 - Seramai 2,411 individu termasuk 13 pelajar pusat pengajian tinggi ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di seluruh negara dalam Op Mega yang berakhir kelmarin.
Pengarah JSJN Bukit Aman, CP Dato' Ramli Haji Din berkata, kesemua mereka ditahan di 149 lokasi kerana melakukan pelbagai kesalahan termasuk membekal, memiliki dan positif menggunakan dadah.
Menurutnya, pada operasi yang bermula Jumaat lalu, pihaknya telah menahan seramai 2,222 individu yang dikesan positif dadah, 49 individu didapati mengedar dadah, 128 ditahan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK), 84 individu adalah orang dikehendaki dan 61 individu kerana memiliki ketum.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut.